Quantcast
Channel: Nuriesya Nadia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 224

Selamat Tahun Baru , 2015

$
0
0
Assalamualaikum & Hello.

Dah jadi rutin tahunan keluarga besar belah Mama akan berkumpul untuk have fun di malam tahun baru. Memang daripada aku kecik sampailah dah kahwin ni. Tradisi ni masih diteruskan. Setiap malam tahun baru , ktorg akan buat potluck dan sesi tukar tukar hadiah. Gitu. Alah. For fun between families.


Lokasi yang menjadi pilihan kali ni ialah rumah aunty aku dekat Pandan Indah. Agak strategik juga lokasinya sebab tinggi dan boleh nampak KL ! Maka dengan itu , bolehlah nampak bunga api dekat KLCC - Dataran Merdeka.

Tapi takpe , gambar bunga api tu aku tunjuk nanti. 


Muka bahagia orang yang datang paling lambat tapi orang yang paling awal dapat hadiah. Ekekeke.


Muka bahagia makcik aku yang dapat hadiah. Eh. Hadiah aku tu bukan recycle hadiah kahwin ye. Luls.


Aktiviti melepak depan tv - borak borak - makan sampai lebam sementara tunggu masuk tahun baru.



5 -- 4 -- 3 -- 2 -- 1 , WELCOME 2015 !!






Alhamdulillah ! Dah masuk tahun 2015. Semoga semua impian dan azam tahun 2015 korang semua akan tercapai. Azam tahun 2015 aku , nak anak sorang dan nak makan banyak banyak tapi nak kekal kurus melidi. Luls ! Hahahahahahahahahahaha. 


Thanks for your time , love ya people.


p.s : kita tunggu dan lihat , ekekeke.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 224