Quantcast
Channel: Nuriesya Nadia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 224

Food Review : Klebang Coconut Shake , Melaka

$
0
0
Assalamualaikum & Hello.

Dah banyak kali dah aku pergi Klebang Coconut Shake ni sebenarnya tapi macam tak pernah ada proper entry pula. Hahahaha. So , kali ini aku akan buat satu entry khas untuk coconut shake yang famous gila dan bak kata dorang -'Kami Tiada Cawangan Di Tempat Lain'.

Nak dijadikan cerita , kali ni ktorg taknak pergi minum dekat kedai macam biasa tapi ktorg nak tapau and minum dalam kereta. While Wan driving dan aku jadi co pilot memang indahkan dapat sejukkan tekak dengan coconut shake. Tapi. Yang sakitnya adalah untuk QUEUE yang super duper panjang di tengah panas yang membahang. Well. Melaka memang panas. 




Sampai sekarang aku tertanya tanya apa yang best sangat sampai orang sanggup beratur macam ni.

Nampak tak betapa panjangnya queue nak take away coconut shake ni. Aku daripada sejuk dan kering turun kereta tapi bila beratur 5 minit je terus perwatakan berubah kepada panas dan dibasahi peluh. Kuikuikui. Oh ya. Dorang sampai terpaksa gunakan perkhidmatan RELA untuk menjaga jalan since locationnya di tepi jalan besar nak ke Melaka. 





Adalah dalam setengah jam juga aku beratur. Hahahaha. Akhirnya sampai juga turn aku dengan Wan. Maybe sebab yang handle untuk bungkus and cashier tu orang yang sama dan dia sorang je yang buat dua kerja tu. So , agak memakan masa sedikit sebanyak. Tapi daripada proses pecahkan kelapa - kopek isi kelapa - campurkan dengan ice cream dan blend semuanya cepat.


Harga Coconut Shake & Air Kelapa 

Coconut Shake Biasa : RM 2.00
Coconut Shake Special : RM 2.50
Air Kelapa Muda (Cup) : RM 1.50
Air Kelapa (Sebiji) : RM 3.00


And finally , its in my hand. Disebabkan nak rasa berbaloi sebab dah queue lama. Wan terus borong dua coconut shake biasa and dua coconut shake special. Hahahaha. Wan sorang je dah telan 3 cawan , tsssk ! Naseb tak beli 10 cawan , mungkin dia habeskan 9 cawan. Kakakakaka. Mujurlah aku kureng sikit coconut shake ni , dapatlah Wan minum lebih. Kalau tak ? Wajiblah berebut rebut. Kikikiki. :D

Klebang Coconut Shake
Jalan Klebang Besar, 75200 Melaka (bersebelahan Caltex Petrol Station).


Thanks for your time , love ya people.


p.s : next aku tunjuk satu tempat menarik untuk korang pergi dekat klebang okay !


Viewing all articles
Browse latest Browse all 224