Assalamualaikum & Hello.
![]()
![]()
![]()
![]()
Balik dari Street Art Penang dekat Georgetown , ktorg singgah pula dekat Straits Quay Marina Mall. Alang alang dah satu jalan nak balik ke hotel kan , singgahlah kejap. Hurm. Kejap.
Actually bukan ada apa pun dekat Straits Quay Marina Mall ni. Sama je macam mall mall yang lain , yang buat berbezanya Straits Quay Marina Mall ianya merupakan waterfront mall ! Itu sahaja. Tapi environment dekat sini seronoklah. Tenang je. Bila bersidai dekat pier tu dapatlah feeling feeling macam kat obersea. Kata kauuuu.

Tahulah Straits Quay Marina Mall ni betul betul tepi laut , kemain lagi decoration pakai ship besor gabak dekat belakang tu. Ikutkan hati nak je aku terjah kapal tu , tapi kang kena halau malu sajo. So , aku perati dari kejauhan jela. T_T


Banyak kan kapal dekat belakang tu. Aku dah berhangan titanic dah. Miahahaha. Ada sebiji kapal tu for sale , siap ada nombor telefon lagi untuk contact. Wan dah nak call dah orang yang jual kapal tu. Amboii. Kaya sangat kita ni bie. Duit memang kepok kepok tahap terkeluar sendiri dari poket dah. Wakakakaka. :P

Amboiii , menung apa tu ? Ingatkan ex girlfrenggg ke. Mihmihmihmih. Ingatlah isteri tercinta. Lol !
Nak dijadikan cerita , penyinggahan aku ke Straits Quay Marina Mall ni memberi kesan yang sangat besar kepada aku. Sampai trauma kau , takmo dah pergi Straits Quay. Takmo takmo. Hahahaha. Adrenalin berdegup kencang sambil mata terpejam lagi uollss. Kahkahkah.
Bila aku upload dekat Instagram , kemain sangat komen yang aku dapat. Hahahaha. Ada yang kata aku comolot la. Haiippp. Biasa diaaaaa. Hahaha. Ada yang kata aku jatuh kapal la. Notty sangat tau korang ni. Uhukhuk! Tapi bukan , bukan , bukan itu yang terjadi. Yang terjadi ;
Ehem.
Ehem.
Ehem.
Aku kehilangan tiket parking kereta ! Hahahaha.
Dan disebabkan itu , tak memasal masa untuk Wan berehat dekat hotel ditunda. Kesian husband ai penat uollss. Hehehehe. Dapat bini pelupa macam gini. Huhuhu. Sekarang asal masuk parking basement je mesti seram sejuk nak simpan tiket parking. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. T_T
Address : Jalan Seri Tanjung Pinang , Tanjung Tokong , 10470 Penang
Tel:+604 891 8000
Fax:+604 891 2525
Email: info@straitsquay.com
Thanks for your time , love ya people.
p.s : mengantok yang tak boleh dibendung dah ni , mohon jangan tersembam muka di meja.