Assalamualaikum & Hello.
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
Inilah dia punca kenapa aku menghilangkan diri daripada menulis blog buat seketika. Hehehe. Aku balik kampung Wan la dekat Permatang Keling , Nibong Tebal. Sebab family Wan nak buat majlis bertandang sikit untuk ktorg. Sekaligus dengan majlis tahlil arwah mak long Wan.

Tapi memandangkan haritu masa akad nikah dan masa majlis resepsi ktorg dekat KL aku dah pulun cuti macam orang gila sampai habes semua annual leave yang ada. Tsskk. Makanya. Aku , Wan dan adik ipar aku balik kampung hari Khamis malam pukul 10. Sampai sampai kampung nak dekat pukul 2 pagi hari Jumaat. Jumaat je yang aku apply annual leave. Isnin & Selasa unpaid okay semata nak pergi hanimunggg (tu cerita lain). ^_^



Bangun bangun pagi Jumaat tu , tengok semua orang dalam rumah dah start busy. Hahaha. Pengantin pula yang terkial kial nak breakfast. Wakakakaka! Maafkanlah , ktorg kan sampai lambat so terbangun lambatlah sekali. Mihmihmih.
Khemah dah siap pasang seminggu awal. Doorgift pun dah siap packing , tinggal nak rebus telur and add on dalam packaging je. Yang lain semua dah settle. Bila masa tah yang dorang buat semua benda ni , tahu tahu je dah siap. Huhuhu.


Masa orang sibuk masukkan telur rebus dalam packaging , aku sibuk menconteng tangan dengan inai. Hahaha. Bukanlah conteng bercorak corak macam yang aku buat untuk akad nikah dan majlis resepsi haritu. Aku pilih untuk back to basic , classic design. Hehehe.
Inai aku beli dah lama dah dengan Colorsbysasha (Instagram). Cara pemakaian pun Kak Sha ajar aku. Maka dengan itu , hari Jumaat tu terus aku selotapekan jari jari aku then aku minta bantuan kakak ipar and adik ipar aku untuk pakaikan cap dekat jari. Tompok bulat dekat tapak tangan pun aku minta tolong dorang buat. Senang.
Thanks for your time , love ya people.
p.s : FB , Instagram , Twitter semua dah kena block. Haiz. Camne nak backlink ni. T_T