Quantcast
Channel: Nuriesya Nadia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 224

Program Transformasi Minda Siri 9/2015

$
0
0
Assalamualaikum & Hello.

26 Oktober - 30 Oktober 2015
Flamingo Hotel by the lake , Kuala Lumpur

Cuti bersalin dan kena pergi kursus betul betul buat aku berfikir banyak kali , nak pergi ke tak - nak pergi ke tak. Pfftt ! Yelah tengah syok cuti kot. Huish. Tapi atas nasihat suami tercinta dan mengenangkan kursus ni wajib untuk pengesahan jawatan , maka dengan itu okay aku pergi. Huhu. Dahla 5 hari pula tu. Naseb baiklah dekat Ampang je , so setiap malam Wan akan amek aku balik. Still boleh jumpa Nadeem walaupun tiap malam aku balik tu dia da tido. Sobssss.


Dah lama gila kot tak attend ceramah and aktiviti berkumpulan macam ni. Last dulu pun masa zaman belajar je. Lepas tu takde dah. Aku ni dala paling weak bab bab nak kene present atas pentas nu ha. Hish. Mulalah longgar lutut , lecak ketiak semua. Wakakaka. Apa pun I had fun selama 5 hari tu walaupun hampir setiap jam tanya Mama - 'Nadeem watpe tu ma ?' and hampir setiap jam juga Mama anta gambar Nadeem. Sengsara jiwa. Huhuhu.




Jadual ktorg 5 hari tu sangat sangatlah pack. Huhu. Pagi je ada 2 slot kelas ceramah 2 jam. Then continue after lunch satu slot ceramah lagi , pun 2 jam juga. Lepas tu ada aktiviti riadah dan diakhiri dengan another slot ceramah 2 jam pukul 8.30 malam. Pheww ! Pengsan. Begitulah routine aku selama 5 hari. Gila. Penat oi. Malam berjaga pula jaga Nadeem. Meriah. Hahahaha. Esoknya datang kelas dengan mata panda. Kihkihkih.






Tu diaaa muka masing masing kemain seronok berzumba. Huhu. Ikutkan hati aku nak je join tapi bila mengenangkan yang aku baru je lepas czer. Hurm. Kita jadi pemerhati jela. Hahaha. Pun best juga jadi pemerhati , boleh gelakkan orang. Kahkahkah.


Apa pun alhamdulillah , aku berjaya habiskan kursus 5 hari tu. Hehe. Legaaa dah hati ni sebab tak payah pening nak pikir kursus lagi. Huhu. Unless kalau exam sebelum habis kursus haritu aku fail , maka dengan itu tahun depan kena repeatlah ! Hoho. Doakan aku lulus tau tau tau. Tak kuasa dah aku nak berkursus lagi , tak sanggup nak tinggal anak lama lama. Amboi. Mak mak sangat statement. Muahahahaa.

Thanks for your time , love ya people.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 224