Assalamualaikum & Hello.
There you go , benda yang paling aku tak suka dengar since sebelum pregnant lagi which is - Minum Air Gula atau nama lainnya ialah Meal Glucose Tolerance Test (MGTT). Dah nama pun minum air gula , kau ingat rasa dia masin ? Dah tentulah kita boleh bayangkan betapa manissssssnya air gula tu kan. Fuhh.
And sedang elok aku masuk 20 weeks.
Aku dah merasa minum air gula sebab berat badan naik mendadak.
T_T
Sehari sebelum pergi klinik untuk minum air gula kita memang akan dikehendaki untuk berpuasa. As one of the prosedure la nak minum air gula ni. Bak kata nurse , kalau takat nak minum air kosong sikit sikit tu bolehla. Tapi , challenge yourself. Puasa. Esok pagi - menggelupur haus , lapar. Hahahaha.
Sesampai je klinik esoknya , aku terus letak buku pink dekat dalam bakul MGTT and tunggu nurse bagitahu next prosedure. Huhuhu. Masa nak tunggu turn ni pun jantung aku kemain laju oi. Neves. Nurse suruh aku pergi makmal untuk ambil darah dan terus minum air gula. And aku rasa memang mana mana klinik kesihatan pun prosedure dia sama. Huhu.
Masuk dalam makmal tu , selain daripada jarum ambil darah - aku dah nampak dah air gula yang bakal aku minum tu. Haih. Nasib aku baik sebab klinik kesihatan yang aku pergi ni provide air gula yang dah ada perisa - bukan yang kosong tu. Perghhh legaaaaaaa.
Warna - Purple pekat gilaaaaaaa.
Rasa - Blackcurrant.
Teruk - Tak teruk mana pun ! Sedap je. Hahahaha.
Cawan tinggi mana - Setengah cawan air dekat pasar malam.
Manis - Ehhh ! Tentulah , air gulaaaa kot.
Tips Minum Air Gula :
- Jangan minum sikit sikit sebab tu la punca loya , so tarik nafas dalam dalam and teguk dalam satu kali teguk je. Don't stop and pandang pandang orang sebelah !! (Aku buat ni).
- Minum sambil tahan nafas , sebab kalau korang bau. Confirm loya oi. Kuat okay bau !! (Aku buat ni juga).
- Jangan ambil masa terlalu lama. Buat je macam korang haus air sejuk ! (Aku buat ni juga oi)
- Minum air gula yang dalam keadaan suam suam sebab gula tak likat sangat time tu. Taklah muak. (Mujur memang suam , hehehe).
And alhamdulillah , aku hadap sesi minum air gula dengan sangat senang. Syukur. Dipermudahkan semua urusan aku. Lepas 2 jam minum air gula , korang kena ambil darah lagi sekali. Nak tau pula bacaan darah selepas minum air gula. Huhuhu. Dah selesai ambil darah kali kedua tu barulah korang boleh buka puasa. Makanlah macam biasa. Gitu. Hehehehe.
Alhamdulillah , badan aku tak buat hal. Dapat hadam air gula dengan baik , takde muntah muntah. Kalau muntah nanti kena repeat balik hoiii. Memanglah air gula blackcurrant tu sedap tapi -- sanggupkah ?? Alhamdulillah sampai ke habis badan aku sangat sangat tolerate. Syukur. Makan pun tak keluar balik , makan makin selera adalah. Ekekekeke. :P
Around 4 pm macam tu , nurse call untuk bagitahu result MGTT.
Alhamdulillah , NORMAL !!
Normal Range Fasting < 5.6 mmol/L
2HPP < 7.8 mmol/L
Thanks for your time , love ya people.
p.s : balik minum air gula , pergi 2D details scan baby dekat Klinik As Salam Bangi.