Quantcast
Channel: Nuriesya Nadia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 224

Pregnancy Diary : My First Buku Pink !

$
0
0
Assalamualaikum & Hello.

26 January 2015 

Gigih aku ambil cuti sehari untuk buka buku pink yang pertama ni tahu. Gigih amek cuti tak bermaksud gigih keluar pagi pergi ambil nombor dekat Klink Kesihatan (KK) Presint 9 tu. Hahahaha. Pukul 8.30 pagi juga baru aku sampai KK. Ramai orang tu tak payah cakaplah , nak daftar nama pun kena tunggu lama.

Masa nombor aku naik untuk register , staff nurse tu minta IC je. Takde pun minta kad nikah ke apa. Semata mata IC sahaja. Lepas dah register tu , terus staff nurse tu kasi buku pink. Isi maklumat dekat cover tu and sign dekat belah dalam tu. Siap dengan sign saksi - which is laki iollss la. Hahahaha.

Dah settle semua , staff nurse tu kasi sekeping kad putih untuk scan each tempat yang korang kena pergi time tu (mungkin hanya applicable dekat KK Presint 9 sahaja , tempat lain aku tak tahu). Dekat kad tu pun staff nurse tu dah tulis step by step tempat yang korang kena pergi. Untuk aku yang nak buka buku pink , stepnya : Urine - Makmal (Ambil Darah) - Pergigian (Check Gigi) - Bilik 15 (Jumpa Pegawai Perubatan) - Farmasi (Ambil Ubat).

Urine

Test urine ni paling sekejap. Hahaha. Bagi buku pink dekat staff nurse - dorang kasi bekas untuk urine - letak urine dalam tray - dorang celup urine tester - amek urine buang dalam toilet - ambil balik buku pink korang. Itu je. Staff nurse tu akan catat bacaan urine korang dalam buku pink.

Makmal 

Tempat yang paling aku tak suka. Sebab kena ambil darah. OMG ! Masa nama kena panggil - nervous. Hahaha. Aku memang dari azali tak suka ambil darah. Gilalah. Masa nampak staff nurse tu , hoi kecut perut aku jah. Tapi mujur staff nurse tu baik - alhamdulillah semuanya selesai dengan cepat. Hehehe. Tak sakit pun. Lol !

Pergigian

Yang ni aku suka , biasalah taiko pakai braces. Tak seram mana la kalau minta jumpa dentist. Hahaha. Yang paling seram pun bila teringat mesin scaling gigi tu je. Wakakakaka ! Mujur masa check gigi ni , semua okay. Takde karang gigi semua , so tak payah buat scaling. Good bye mesin scaling. Kekeke. Bengkak gusi pun takde. Yippie yaiy !!

Bilik 15

Masuk bilik ni , ada dua orang staff nurse. Masa dalam bilik ni agak lama. Sebab nak check blood pressure  , check breast , check berat and tinggi. Tak lupa juga untuk staff nurse ni bagi advise dia. Lepas tu yang paling best untuk tengok sticker warna apa yang korang akan dapat dekat buku pink tu. Aku dengan harapan nak sticker warna putih tapi tak sedar diri ada thalesimia. So , sticker hijau for me !!

Farmasi

Settle jumpa staff nurse dekat Bilik 15 tu , terus ke farmasi. Pergi ambil supplement untuk kandungan aku time tu. Dapatlah aku empat sekawan : Folic Acid , Ascorbic Acid , B Complex dan Iron Tablets. Silalah habiskan kesemuanya. Tapi aku main tipu , aku taknak makan  supplement KK kasi. Sebabnya aku try makan semua balik dari KK tu. Okay terus pening - mual - nak muntah semua ada. Maka dengan itu , aku nekad nak beli set 1st trimester Shaklee. 


Thanks for your time , love ya people.


p.s : lama simpan dalam draft - harini baru boleh publish. hahaha.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 224