Assalamualaikum & Hello.
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
Selepas mengalas perut dengan karipap gergasi berinti daging , akhirnya ktorg sekeluarga pun selamat sampai dekat Sekinchan. Dan sebenarnya , sebelum pergi Sekinchan ni lagi aku dah tahu betapa popularnya Mentarang dekat Sekinchan. Pendek kata , memang bersepah kau nampak orang jual Mentarang dekat tepi jalan.
Dan untuk mengelakkan aku kempunan di kemudian hari , marilah kita mulakan operasi bodek ayah.

Actually plan asal nak pergi try Mentarang Bakar Faridah tapi serious ramai orang. Ayah pula sama macam aku bukan pesen gigih menunggu. Hahaha. So , kita lintas jalan pergi Aji Mentarang Bakar.



Memang daripada keadaan gerai Aji Mentarang Bakar ni nampak sendu. Tapi don't judge a book by its cover okay. Asam Pedas Ikan Sembilang dia sodap oii. Terngiang ngiang lagi kat tekak aku kepedasan dan kemasaman asam pedas tu. Pergh. Plus , bila kita order baru tukang masak tu masak.



Mentarang
Mentarang bakar dekat Aji Mentarang Bakar ni dibakar menggunakan sabut kelapa. Mentarang ni hidup dekat dalam lumpur. Dan mentarang ni memang dorang tangkap hidup hidup , kalau da tak hidup tu tak boleh makan. Bak kata orang yang bakar mentarang tu la , aku ulang taip je dekat blog. Hahahaha.
Sedap ke tak ?
Bagi aku sedap , lebih kurang macam kau makan kupang campur pepahat. Hahaha. Aku tak reti nak explain tapi for sure kalau orang yang tak suka makan kerang , kupang yang lembik lembik tu dinasihatkan jangan makanlah ye. Membazir je , mentarang ni sekilo pun boleh dapat berapa ketul je. Macam ktorg haritu , ktorg beli 1/2kg je sebab ayah bukan boleh makan - gout. Ehek.

Remis
Tapi ayah tak order pun , plus remis macam dah biasa je dengar. Hahahaha.

Berani berani takut namanyaaaaa ! Hahahaha.
Thanks for your time , love ya people.
p.s : siapa pernah makan mentarang ?