Quantcast
Channel: Nuriesya Nadia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 224

Food Review : Karipap Gergasi , Taman Belibis Bukit Rotan

$
0
0
Assalamualaikum & Hello.

Sempena Chinese New Year haritu , family besar Mama as usual la buat family gathering. Dan kali ni location yang dipilih ialah Sekinchan. Nak dijadikan cerita , perjalanan ktorg nak sampai Sekinchan tu terasa sangatlah lama hoi. Mau taknya , jalan jem macam apa. Tu yang sampai boleh ternampak gerai jual Karipap Gergasi. Ekekekeke.


Karipap Gergasi ni ada 2 gerai - satu berdekatan dengan Cendol Bakar dan satu lagi dekat depan taman perumahan. Tapi ktorg tak pergi yang dekat Cendol Bakar since gerai tu located on our right. Nak pusing pun satu hal lagi kang. So , ktorg pilih untuk stop dekat gerai yang berdepan taman perumahan.



Siap masuk JJCM lagi okay ! Nampak tak betapa gedabaknya karipap tu ? Memang layaklah nama dia Karipap Gergasi. Selain ada jual karipap gergasi , ada juga jual jelly kelapa. Masa aku sampai tu pun orang dah queue. Campur dengan aku , lagi panjanglah queue lepas tu. 



Karipap Gergasi - RM 3.50

Bagi aku sama je macam karipap biasa , bezanya yang ni sebiji makan dua orang. Kalau makan sorang , memang tak lalu weh. Hahahaha. Ada dua jenis inti - Daging & Ayam. Inti karipap dia sedap !! Tak tipu. 

Tips : tolong sejukkan karipap dulu sebelum mencekik , aku sempat menggelupur inti panas dalam mulut.


Thanks for your time , love ya people.


p.s : agak panjang entry harini , eh ! hahahaha.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 224