Assalamualaikum & Hello.
![]()
![]()
![]()
Memandangkan hari Isnin haritu aku dan Wan cuti , kebetulan juga ktorg ada urusan dekat KL dengan gatal mulut aku ajak Wan lunch dekat Jalan Bellamy. Yela , sebelum ni duk baca entry orang je. Katanya ikan bakar dekat Jalan Bellamy ni tip top la ape la. Mana boleh kalau aku tak pergi rasa sendiri kan. So , Isnin tu ktorg terjah Ikan Bakar Jalan Bellamy. Ehehehee.
Masuk masuk Jalan Bellamy tu ktorg pusing keliling juga sebab tak pernah sampai kan. Antara building yang aku nampak on my left Alice Smith. Lepas daripada tu aku nampak macam satu kantin (Pernama). Aku dengan Wan kemain konfiden ingatkan tula tempatnya. Siap siap parking , bila turun tengok. Eh kenapa semua orang makan Rojak Mee ? Emm. Salah tempat !
Next.
Pusing keliling lagi. Habes semua cabang jalan ktorg lalu , dan akhirnya sampai ! Hahahahaha. Aku nampak asap orang bakar ikan pun aku dah gembira dah. Belum turun kereta dan pergi rasa sendiri. Kahkahkah. Apa pun tak boleh Nadia ni tau. Disebabkan banyak kedai yang jual ikan bakar dekat situ , sampai confuse la juga nak pilih yang mana. Maka dengan itu , kita pilih yang ramai orang. Hahahaha.



Menu yang ktorg pilih untuk lunch haritu ialah Sotong Bakar dan Ikan Pari Bakar. Hehehehe. Sedap baq hang. Dahla size sotong and ikan tu besar , memang puas hati. Selain daripada ikan bakar , ada juga jual lauk pauk kampung. Bila makan dengan ikan bakar , memang ngam ar ! Total damage : RM 32 (sekali air)
Yang aku tak puas hati , masa aku tengah sedap sedap makan boleh pula rasa nak terberi ! Memang potong ar , nyampah ! Next time aku nak suruh Wan tapau jela , atleast kalau nak terberi pun boleh beri kat rumah. Kahkahkahkah.
Thanks for your time , love ya people.
p.s : beberapa hari lagi nak jadi pengantin 'baru'. Miahahahaha.
xoxo
